Sempat laungkan azan dua rangkap, lelaki tiba2 rebah meninggal dunia


Ajal, ketentuan dan jodoh merupakan rahsia daripada Allah S.W.T. Dijemput ajal ketika beribadah pula merupakan satu kematian yang husnul khotimah dan sangat dicemburui orang ramai.

Namun begitu, siapa menduga apabila nyawa seseorang boleh diambil ketika sedang melaungkan azan yang menyeru umat Islam menunaikan solat.

Kematian yang dicemburui

Hal tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi Lembaga Zakat Selangor yang memaklumkan seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) surau telah kembali ke rahmatullah ketika sedang melaungkan azan Subuh pagi tadi.

Allahyarham juga tidak sempat menghabiskan laungan azan tersebut dan hanya sempat sehingga ke rangkap kedua sahaja.

Belum sempat habiskan azan

Allahyarham yang dikenali sebagai Rosliman telah meninggal dunia pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah sebelum rebah. Menurut posting Facebook itu lagi, para jemaah dan juga sahabat rapat bergenang air mata tatkala mengetahui kejadian tersebut.

Menurut salah seorang daripada jemaah tersebut, Rosliman telah beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri dan kesyukuran  serta memberanikan diri untuk melaungkan azan sedangkan dia bukan seorang bilal di surau tersebut.

Innalillahiwainailahirajiun…

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat Allahyarham di atas pemergian insan mulia itu.

Mereka juga turut mendoakan agar roh Allahyarham diletakkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat syurga yang tertinggi di akhirat kelak.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Sebak baca kisah tersebut

Sumber: Lembaga Zakat Selangor